Bersama Ajk Kelab wawasan UKM.
Anak-anak yatim menunjukkan bakat mereka.
Inilah Ipin kembar kepada Upin.. Anak kepada Hafiz As saufee
Bersama abang Isman Hijjaz semasa berbuka puasa
Puasa hari ke 14, saya berkesempatan meluangkan masa berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Teratak Hijjaz, Putrajaya. Majlis ini di anjurkan oleh kelab wawasan UKM. sebelum berbuka puasa, Abang-abang hijjaz memulakan persembahan mereka. Walaupun mereka bertiga tanpa abang ariffin, mereka tetap bersemangat menghiburkan anak-anak yatim.
Selepas berbuka dan selesai solat maghrib berjamaah, giliran kami Assaufee mendendangkan beberapa buah lagu untuk anak-anak yatim. Mengikut perancangan awal, kami di amanahkan menyampaikan 5 lagu sahaja, tapi di atas permintaan pengunjung, kami diberi kebenaran menambah 3 lagu lagu. antara lagu yang disampaikan ; 1) Mari bersembahyang. 2) Rindu Kekasih (versi baru), 3) Kota Mekah 4) gerbang hidayah 5) Rintihanku 6) Pergi tAk kembali (untuk allahyarham ustaz Asri Rabbani), 7)Rindu kekasih (versi lama), 8) Nafas Terakhir.
Majlis ini juga diserikan juga oleh penampilan kumpulan Hufaz dari UKM.
Di akhir persembahan saya dengan berat hati terus bergegas pulang ke rumah kerana ada urusan keluarga tanpa sempat bergamabar dan tarawih bersama anak-anak yatim..