Selasa, 27 Oktober 2009

Interview di Jabatan Perdana Menteri

Muka nampak pucat,, gementar kot..

Tarikh: 28-10-09
Pukul :7.30 pagi -10.30
Tempat : Blok B3, Jabatan Perdana Menteri

Senin, 26 Oktober 2009

TEMUDUGA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

Esok, tanggal 28 oktober 2009 jam 7.30 pagi. Saya akan menghadapi temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia bertempat di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Temuduga ini adalah untuk pengesahan jawatan sebagai kakitangan awam bagi KPLI ambilan 2009. Temuduga ini merupakan rintisan pertama bagi sejarah KPLI kerana pada kebiasaannya temuduga akan diadakan selepas 2 tahun berkhidmat. Ternyata untuk ambilan KPLI 2009, ianya amat istimewa kerana diberi kelebihan untuk merasanya lebih awal. Syukur pada Allah.

Mohon doa dan restu dari ibu, ayah, sanak saudara, para pensyarah, dan rakan-rakan semua. Doakan kejayaan saya.

Peserta pertama dari IPGM Bangi yang akan ditemuduga.
Yang lain follow belakang yer..

Minggu, 25 Oktober 2009

SHOW di PKNS BANGI

Bersama dengan sahabat NasyidFM, Sahabat Ikim dan DJ Miftah IKIM,
Kak Ina Nasyid FM yang Sponsor Makan ni, Thanks Kak Ina.

Bergambar sebelum memulakan Persembahan

Huhu, bertiga sahaja, hentam sajalah..

Selepas show bersama dengan Sahabat2 NasyidFM

Peminat dari Bank Islam Bangi

Hari ini saya bersama As-Saufee telah mengadakan persembahan di Kompleks PKNS Bangi sempena dengan Bulan Promosi Aksesori Kulit dan Pakaiaan. Kami hanya bertiga sahaja menghiburkan pengunjung Kompleks PKNS. Persembahan bermula pada pukul 5.00 Pm dengan menampilkan 5 buah lagu. Antaranya ialah, Marilah Sembahyang, Rindu Kekasih, Sinar yang Calar (Lagu Baru), Kota Mekah dan Gerbang Hidayah (Lagu Baru).
Sumber : http:as-saufee.blogspot.com.

Jumat, 23 Oktober 2009

KARNIVAL RAUDHAH JPP 2009









Pagi ini saya berkesemptan bersama rakan-rakan serumah menghadiri Karnival Raudhah JPP di Padang IPGM Kampus Islam Bangi. Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Program ini adalah anjuran oleh Jabatan Pembangunan Pelajar (JPP). Pelbagai pengisian yang menarik dijalankan seperti: pertandingan futsal, bola jaring, persembahan silat, persembahan kawad kaki dan lain-lain lagi. Di kesempatan ini saya round-round sambil tangkap gambar ke gerai-gerai antaranya ialah, gerai silat, perkusi kontempori, pemadam, bomba, kelab khat, upin dan ipin, serta gerai-gerai jualan. makanan, baju dan sebagainya. Tidak lupa juga majlis ini diserikan dengan kehadiran Hafiz Hamidun untuk mempromosikan album terbarunya iaitu "SYUKRAN".
Akhirnya, sekalung tahniah kepada JPP IPGM KPI kerana telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya..


Senin, 19 Oktober 2009

RINDU KEKASIH..

RINDU KEKASIH

Show Tasik Puteri Rawang



Setiap kali cuti @ hujung minggu, sentiasa jer ada program. Buat kali ke-2 nya dalam 2 minggu ni saya bersama dengan kump As-Saufee membuat persembahan sempena sambutan Majlis Hari Raya bertempat di Bandar Tasik Putri, Rawang. Persembahan kami bermula pada jam 11.00 pagi dan Berakhir pada 12.00 tengahari. Program ini juga diserikan dengan penyampaiaan bantuan kepada fakir miskin dan duit raya kepada kanak-kanak yang berusia 12 tahun kebawah.


Jumat, 16 Oktober 2009

MAJLIS HARI RAYA AIDIL FITRI KPLI PA 2.01

Borak-borak dengan Lecterer, Asyraf pemalu betul orangnya.
Hai yang tudung pink tu, majlis raya pun sedih ke??.
Sebahagian rakan-rakan KPLI, yang bersongkok tu suka sangat menyelit.
Inilah kakak-kakak saya..
Best betul nugget ni.

Tanggal 16 Oktober bersamaan 28 Syawal, kelas kami telah berjaya mengadakan majlis hari raya aidil fitri bertempat di bilik 2.01 IPGM Kampus Pendidikan Islam. . Majlis ini bermula pada pukul 10.00 pagi. Walaupun majlis ini dilaksanakan dengan konsep close class yang mana hanya menjemput orang-orang tertentu namun ianya tetap meriah. Majlis ini dihadiri oleh para pensyarah kami iaitu, En Haris, Ust Faridon, Ust Baharuddin, Ust Rahmat, Ustz Umi Kalsum, Ustz Samsinar dan lain-lain. Terima kasih kerana sudi datang ke majlis ini. Antara menu-menu yang menghiasai majlis ini adalah seperti sup soto (Asyraf dan Amal), Laksa Spesial (Kak Ju), mee, puding(Intan), rojak (kak Zai), Rendang Kerang (Pae & suami) dan lain lain, pendek kata kesemuanya best. Ternyata majlis ini amat meriah dengan dihiasi gelak ketawa, gurau senda para pensyarah dan pelajar. Sesungguhnya majlis ini akan menjadi kenangan manis buat kami, kerana mungkin selepas ini kita tidak dapat bersama pada hari raya akan datang apabila posting kelak. Majlis berakhir pukul 12,30 tengahari.

Sekian.
p/s: untuk paparan gambar yang jelas, sila double klik di atas gambar tersebut..

Sila Klik:
Perutusan Aidil Fitri oleh Kak Julia:


Ucapan oleh Jawahir:

Minggu, 11 Oktober 2009

Show di Tasik Puteri Rawang

Dendangan lagu Selamat Pengantin baru
Hafiz dengan bersahajanya tengok lirik dalam handpone.

Show kali ini begitu mencabar kerana as saufee hanya bertiga sahaja yang membuat persembahan. Ini kerana vokalis utama Faiz tidak dapat bersama kerana demam. Walaubagaimanapun, persembahan berjalan lancar. bak kata abang duan, hentam sajalah..

Rabu, 07 Oktober 2009

Gempa di Indonesia pengetahuan Allah signifikan dari ayat al-Quran

"
MENAKJUBKAN Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:



17.16 (Surah Al Isra' ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

7.58 (Surah Al Isra' ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (Surah Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.


Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber: eramuslim

Sabtu, 03 Oktober 2009

Open House di Rumah SYukri dan Nadia

Gambar kenangan aidil fitri 1430H

Selepas show di Masjid Ar-Ridhwan Hulu Klang, saya berkesempatan ke open house sahabat lama saya Syukri dan Nadia yang terletak di Kota Damansara. Syukri dan Nadia adalah rakan saya semasa menuntut di Kuis dan di Indonesia. Pukul 4.30 petang saya sampai di rumah mereka disambut dengan senyuman manis.. hehe.. Memandangkan sudah lama tak bersua kira-kira hampir 2 tahun rasanya, terasa sayu di hati dipertemukan di aidil fitri ini. Moga Ukhwah terus terjalin hingga ke akhirnya. Turut hadir pada majlis tersebut Ain, Pudin, Faiz, Mus, Kak Mus... Memandangkan saya sudah kenyang makan nasi masa show sebelumnya, saya hanya makan nasi himpit jer. Teringat nasi himpit yang nadia buat masa majlis hari raya kat indonesia dulu. hehe. mantapppp..

Show di Masjid Ar Ridhwan Hulu Klang



AsSaufee telah dijemput utk menghiburkan para tetamu di majlis perkahwinan yang dilangsungkan di Masjid ArRidhuan. Para tetamu dihiburkan dengan beberapa lagu2 terbaru assaufee bermula dari pukul 12.40 hingga 3.30 petang.

Sumber: http://as-saufee.blogspot.com/