Selepas show di Masjid Ar-Ridhwan Hulu Klang, saya berkesempatan ke open house sahabat lama saya Syukri dan Nadia yang terletak di Kota Damansara. Syukri dan Nadia adalah rakan saya semasa menuntut di Kuis dan di Indonesia. Pukul 4.30 petang saya sampai di rumah mereka disambut dengan senyuman manis.. hehe.. Memandangkan sudah lama tak bersua kira-kira hampir 2 tahun rasanya, terasa sayu di hati dipertemukan di aidil fitri ini. Moga Ukhwah terus terjalin hingga ke akhirnya. Turut hadir pada majlis tersebut Ain, Pudin, Faiz, Mus, Kak Mus... Memandangkan saya sudah kenyang makan nasi masa show sebelumnya, saya hanya makan nasi himpit jer. Teringat nasi himpit yang nadia buat masa majlis hari raya kat indonesia dulu. hehe. mantapppp..