Rabu, 04 Januari 2012

Selasa, 03 Januari 2012

KEMBALI KE SEKOLAH



Moga azam 2012 kecemerlangan akan menjadi milik kita. Impian kita akan menjadi kenyataan dan realiti seandainya kita bertindak sebagai seorang guru yang cemerlang, tekadkan azam, yakinkan diri anda, teruskan usaha, usaha dan usaha, Insya Allah anda akan berjaya. Allah mengingatkan kita yang bermaksud : “ Apabila kamu telah berazam maka berserahlah kepada Allah.”

Impian Termakbul

Alhamdulillah, apa yang diimpikan selama ini akhirnya termakbul. Akhirnya dapat juga merasa nikmat mengajar bidang kita. Hampir 90% waktu mengajar adalah subjek Agama. Manakala selebihnya Subjek Pendidikan Jasmani, Sains Dan Muzik. Namun jadual waktu ini bukan muktamad kerana masih ada lagi subjek yang belum terisi.. Tunggu dan lihat.

Minggu, 01 Januari 2012

Aku Kembali

Setelah hampir sebulan lebih bercuti, kini tiba masanya kembali semula ke sekolah. seperti biasa di awal persekolahan apa yang dinantikan adalah jadual waktu mengajar. Sepanjang dua tahun 90% terpaksa mengajar subjek yang bukan opsyen, bukan ingin mengelak tapi diri ini bimbang jikalau apa yang diajarkan bukan dalam bidang kita takut2 tersasar dari matlamat asal KPM. Lain yang KPM nak lain pula yang kita ajar. Walaubagaimanapun sepanjang 2 tahun ianya menjadi pengalaman yang amat bermakna. Pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Moga tahun 2012 dapat mengajar subjek opsyen..