Jumat, 04 Desember 2009

LOKASI SONG.

Daerah Song sendiri bekeluasan 3,935.20 kilometer persegi merupakan salah satu daripada tiga komponen daerah pentadbiran yang membentuk Bahagian Kapit selain Daerah Kapit dan Daerah Belaga yang merupakan bahagian terbesar di Negeri Sarawak dengan keluasan 38,934 kilometer persegi. Dari segi geografi nya 90% kawasannya adalah dataran tanah berbukit bukau yang masih diliputi hutan premier yang ditumbuhi pokok – pokok kayu bernilai. ini menjadikan Daerah Song amat unik dan menjadi pekan tepi Sungai Rejang yang boleh menjadi perhentian semasa laluan jalan air iaitu Sibu - Song –Kapit.
Daerah Song selain direntangi oleh Sungai Rejang yang merupakan sungai utama dan terpanjang di Malaysia terdapat berberapa cabang – cabang sungai utama seperti Batang Katibas (sungai utama), Sungai Song, Sungai Iran, Sungai Manap, Sungai Lajan dan Sungai Lijau. Sungai – sungai ini merupakan penghubung utama ke kebanyakan kawasan ataupun penempatan di Bahagian Kapit.
Daerah Song terletak di Wilayah Tengah Negeri Sarawak dan bersempadan dengan Kalimantan di selatan, di kawasannya yang menganjur dari timur hingga ke selatan. Pusat Pentadbiran Daerah ini terletak di Pekan Song.
Penduduk Bahagian Kapit berjumlah sebanyak 98,841 pada bancian tahun 2000* dan Daerah Song pula sebanyak 22,200 orang (perangkaan 2006). Terdapat pelbagai kaum di Song dan Kaum Iban merupakan kaum majoriti dan utama iaitu 80 % daripada masyarakat di sini. Kaum – kaum lain ialah kaum Orang Ulu, Cina, Melayu, Melanau dan Bidayuh.
sila klik pautan ini:

Lokasi Daerah Song


Pekan Song


Sebahagian dari bagunan Sk Cardinal Vaughan, Song..

Rabu, 02 Desember 2009

PERJALANAN KU..

1 Disember 2009
- 8.00 Pg berangkat Ke KLIA ditemani oleh abang ipar dan pak saudara.
- 10.00 Pg Taklimat bersama Bahagian Pendidikan Islam Putrajaya.
- 11.30 pg penerbangan Ke Kuching.
- Pukul 1.45 sampai di airport kucing, disambut oleh Bahagian Pendidikan Islam Sarawak. Bergerak ke Hotel Penview Kuching Sarawak.
- 9.00 Mlm Taklimat bersama BPI Sarawak.

2 Disember 2009
- 8.00 Pagi hingga 3.00 Ptg: Taklimat
-4.00 ptg : Penyerahan Surat Posting oleh BPI Sarawak kepada GST.
-5.00 - 9.00 mlm : Jalan-jalan di sekitar kucing






3 Disember 2009

10.30 pagi: Penerbangan dari Kuching Ke Sibu
11.30 pagi :Tiba di sibu dan disambut oleh PPD daerah Sibu.
1.00 ptg : Berangkat dari Jeti Sibu Ke Song.
3.15 ptg : Sampai di Song, terus ke PPD Song dan melapor diri di SK Cardinal Vaughan.




Alhamdulillah, Saya telah melaporkan diri pada 3 hb Disember 2007 di Sekolah Cardinal Vaughan yang terletak di pekan Song Daerah Kapit, Sarawak..

akan di update....