Jumat, 04 Desember 2009

LOKASI SONG.

Daerah Song sendiri bekeluasan 3,935.20 kilometer persegi merupakan salah satu daripada tiga komponen daerah pentadbiran yang membentuk Bahagian Kapit selain Daerah Kapit dan Daerah Belaga yang merupakan bahagian terbesar di Negeri Sarawak dengan keluasan 38,934 kilometer persegi. Dari segi geografi nya 90% kawasannya adalah dataran tanah berbukit bukau yang masih diliputi hutan premier yang ditumbuhi pokok – pokok kayu bernilai. ini menjadikan Daerah Song amat unik dan menjadi pekan tepi Sungai Rejang yang boleh menjadi perhentian semasa laluan jalan air iaitu Sibu - Song –Kapit.
Daerah Song selain direntangi oleh Sungai Rejang yang merupakan sungai utama dan terpanjang di Malaysia terdapat berberapa cabang – cabang sungai utama seperti Batang Katibas (sungai utama), Sungai Song, Sungai Iran, Sungai Manap, Sungai Lajan dan Sungai Lijau. Sungai – sungai ini merupakan penghubung utama ke kebanyakan kawasan ataupun penempatan di Bahagian Kapit.
Daerah Song terletak di Wilayah Tengah Negeri Sarawak dan bersempadan dengan Kalimantan di selatan, di kawasannya yang menganjur dari timur hingga ke selatan. Pusat Pentadbiran Daerah ini terletak di Pekan Song.
Penduduk Bahagian Kapit berjumlah sebanyak 98,841 pada bancian tahun 2000* dan Daerah Song pula sebanyak 22,200 orang (perangkaan 2006). Terdapat pelbagai kaum di Song dan Kaum Iban merupakan kaum majoriti dan utama iaitu 80 % daripada masyarakat di sini. Kaum – kaum lain ialah kaum Orang Ulu, Cina, Melayu, Melanau dan Bidayuh.
sila klik pautan ini:

Lokasi Daerah Song


Pekan Song


Sebahagian dari bagunan Sk Cardinal Vaughan, Song..