Tanggal 16 Oktober bersamaan 28 Syawal, kelas kami telah berjaya mengadakan majlis hari raya aidil fitri bertempat di bilik 2.01 IPGM Kampus Pendidikan Islam. . Majlis ini bermula pada pukul 10.00 pagi. Walaupun majlis ini dilaksanakan dengan konsep close class yang mana hanya menjemput orang-orang tertentu namun ianya tetap meriah. Majlis ini dihadiri oleh para pensyarah kami iaitu, En Haris, Ust Faridon, Ust Baharuddin, Ust Rahmat, Ustz Umi Kalsum, Ustz Samsinar dan lain-lain. Terima kasih kerana sudi datang ke majlis ini. Antara menu-menu yang menghiasai majlis ini adalah seperti sup soto (Asyraf dan Amal), Laksa Spesial (Kak Ju), mee, puding(Intan), rojak (kak Zai), Rendang Kerang (Pae & suami) dan lain lain, pendek kata kesemuanya best. Ternyata majlis ini amat meriah dengan dihiasi gelak ketawa, gurau senda para pensyarah dan pelajar. Sesungguhnya majlis ini akan menjadi kenangan manis buat kami, kerana mungkin selepas ini kita tidak dapat bersama pada hari raya akan datang apabila posting kelak. Majlis berakhir pukul 12,30 tengahari.
Sekian.
p/s: untuk paparan gambar yang jelas, sila double klik di atas gambar tersebut..
Sila Klik:
Sekian.
p/s: untuk paparan gambar yang jelas, sila double klik di atas gambar tersebut..
Sila Klik:
Perutusan Aidil Fitri oleh Kak Julia:
Ucapan oleh Jawahir: