Setiap kali tibanya hari raya, kueh ini tak pernah di lupakan. Ianya dah sebati dalam diri, ibarat raya tanpa almond london bagaikan tak berseri hari raya ini. Sebenarnya Kueh ini adalah nostalgia bagiku, kerana ianya telah menyatukan aku dengan seseorang, saban tahun setibanya aidil fitri, ku pasti hadiahkan kueh ini buat si dia. Meskipun masa telah berlalu, dan segalanya telah berakhir, namun ianya tetap ku kirimkan. Kerana ianya adalah satu NOSTALGIA sempena hari raya...