Setelah hampir 6 bulan mengikat tali pertunangan, Azwi dan pasangannya yang cantik molek Azimah telah melangsungkan perkahwinan mereka dengan sekali akad pada hari raya kedua di rumah pengantin perempuan di Bachok. Cinta mereka bermula sejak 5 tahun yang lalu ketika menuntut di Universiti. Hasil daripada peranan kawan-kawan yang memperkenalkan Azimah kepada jejaka machoo Azwi akhirnya membuahkan bibit cinta yang membawa kepada ikatan perkahwinan. Tahniah buat kawan-kawan yang telah menyatukan mereka berdua. Banyak pahala tolong kawan bina masjid.. tp untuk aku takder ker..hehehe.
Saya bersama suzaidi tiba lebih awal di rumah pengantin. Maklumlah kawan rapat mesti kena datang awal untuk bagi semangat. Kemudian selepas zohor di susuri pula dengan ketibaan kawan-kawan yang lain. Antaranya ialah geng-geng dari felda iaitu, Kahar, Nira dan Farah. Di ikuti rakan-rakan yang berdekatan azman, rohaizad, ramli, nashi, zuriana, zura, huda dan adik angkatnya. Tidak ketinggalan tetamu kehormat dari sempadan siam iaitu azri dan rakanya memeriahkan suasana. jangan mare..
Suasana menjadi riuh dengan kehadiran rakan-rakan, maklumlah dah lama tidak bersua, lebih kurang 7 tahun kot, macam-macam topik yang dibincangkan, sehingga tempat duduk untuk tetamu hampir separuh di book oleh rakan-rakan. Perbualan dan borak-borak diiringi dengan gelak tawa, gurau senda sehingga saya tak dapat menahan airmata gembira kerana dipertemukan dengan rakan-rakan..
Semoga suasana ini akan bersemadi di hati hingga akhir hayat.