Rabu, 30 September 2009

3 SYAWAL Selamat Pengantin Baru Sahabatku

Rakan-rakan yang hadir memeriahkan majlis.

Azwi dah kawin, bila la agaknya giliran aku ni,
Mungkin itu yang difikirkan Ed di benak hatinya..

Bersama rakan-rakan, ramli,rohaizad,sabri,mat,nashi,azri,ed dan azman
Setelah hampir 6 bulan mengikat tali pertunangan, Azwi dan pasangannya yang cantik molek Azimah telah melangsungkan perkahwinan mereka dengan sekali akad pada hari raya kedua di rumah pengantin perempuan di Bachok. Cinta mereka bermula sejak 5 tahun yang lalu ketika menuntut di Universiti. Hasil daripada peranan kawan-kawan yang memperkenalkan Azimah kepada jejaka machoo Azwi akhirnya membuahkan bibit cinta yang membawa kepada ikatan perkahwinan. Tahniah buat kawan-kawan yang telah menyatukan mereka berdua. Banyak pahala tolong kawan bina masjid.. tp untuk aku takder ker..hehehe.

Saya bersama suzaidi tiba lebih awal di rumah pengantin. Maklumlah kawan rapat mesti kena datang awal untuk bagi semangat. Kemudian selepas zohor di susuri pula dengan ketibaan kawan-kawan yang lain. Antaranya ialah geng-geng dari felda iaitu, Kahar, Nira dan Farah. Di ikuti rakan-rakan yang berdekatan azman, rohaizad, ramli, nashi, zuriana, zura, huda dan adik angkatnya. Tidak ketinggalan tetamu kehormat dari sempadan siam iaitu azri dan rakanya memeriahkan suasana. jangan mare..

Suasana menjadi riuh dengan kehadiran rakan-rakan, maklumlah dah lama tidak bersua, lebih kurang 7 tahun kot, macam-macam topik yang dibincangkan, sehingga tempat duduk untuk tetamu hampir separuh di book oleh rakan-rakan. Perbualan dan borak-borak diiringi dengan gelak tawa, gurau senda sehingga saya tak dapat menahan airmata gembira kerana dipertemukan dengan rakan-rakan..

Semoga suasana ini akan bersemadi di hati hingga akhir hayat.

Sabtu, 26 September 2009

SELAMAT HARI RAYA


Salam Syawal 1430 Hijrah:

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri. Maaf Zahir batin kepada semua yang mengenali..


Bila rindu membisik bicara,

Pilu datang menyapa,

Bertahun lama tidak bersua,

Mengutus kasih dan cinta.



Badai menghempas menderai sanubari,

Terguris sekeping hati,

Menjana pekerti dilubuk diri,

Angkara nafsu dirajai.



Menjelma kini lebaran mulia,



Tibalah sudah Aidil Fitri menjengah,

Menyimbah amarah merebah megah,

Setulus damai yang bersemi,

Menebus deraian yang melukai.



Saat bahagia telah pun tercipta,

Terukir kemaafan memadam nista,

Terburai jernih airmata keinsafan,

Iringi syukur sebuah pertemuan.



Sesucinya syawal yang kunjung tiba,

Kembalikan fitrah,

Dihari raya yang indah,

Bagaikan kelam dihampar cahaya,

Berkasih mesra sama bersaudara.

Saat bahagia moga tak seketika,

Kembalikan diri sesuci nurani,

Sebening takbir memuji ILLAHI.

Dipagi hari di Aidil Fitri.



AS-SAUFEE RECORDS..

Hari Terakhir Praktikum

17 September adalah hari terakhir saya praktium. Alhamdulillah selepas 3 bulan di Sekolah Bandar Teknologi, banyak pengalaman yang saya dapat. ...

Senin, 14 September 2009

NoStaLgIa aLmoNd LoNDoN !!!!


Setiap kali tibanya hari raya, kueh ini tak pernah di lupakan. Ianya dah sebati dalam diri, ibarat raya tanpa almond london bagaikan tak berseri hari raya ini. Sebenarnya Kueh ini adalah nostalgia bagiku, kerana ianya telah menyatukan aku dengan seseorang, saban tahun setibanya aidil fitri, ku pasti hadiahkan kueh ini buat si dia. Meskipun masa telah berlalu, dan segalanya telah berakhir, namun ianya tetap ku kirimkan. Kerana ianya adalah satu NOSTALGIA sempena hari raya...

SHOW kat DEWAN PERDANA FELDA



Buat kali ke tiganya dalam bulan ramadhan ini, As saufee di berikan kepercayaan untuk membuat persembahan sempena majlis berbuka puasa di dewan ini. Apa yang menarik di Dewan ini, lebih kurang ada 88 jenis juadah untuk berbuka puasa. Yang paling best bagi saya tentulah kambing panggang, berbuka dengan daging kambing panggang sehingga terlupa makan nasi,hehe. Meskipun ada 88 juadah, saya hanya makan kurang dari 5 jenis juadah sahaja. Maklumla jaga perut. hehe.Persembahan kami bermula selepas solat maghrib, dan berakhir pada jam 8.20 malam. Persembahan pada malam ini dinilai tidak sehebat malam2 sebelumnya kerana faktor PA System yang kurang baik, monitor yang perlahan n lagu last jumping. Namun, semuanya dpt di tangani dan berjalan lancar, alhamdulillah..

Minggu, 13 September 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU



Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Mohd Azwi Che Kar Yang akan melansungkan perkahwinannya pada 3 Syawal nanti. Terima kasih di atas undanganmu. Yang pastinya aku akan datang ke majlismu menjadi pengapitmu. hehe..

AS-SAUFEE di KOMPLEKS PKNS BANGI

Faiz tarsalah pilih seluar,, hentam sajalah...

Aku Insan berdosa,, Kau utusan dariNya...

Pada 12 september 2009 jam 4.45 petang, Saya bersama as-saufee mengadakan persembahan di pusat membeli belah kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Program ini adalah program tahunan bagi Kompleks PKNS setiap kali bulan ramadhan. Persembahan diselangselikan dengan sembang-sembang dengan pengunjung serta beramah mesra dengan peminat cilik. Pada kesempatan itu juga as-saufee menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak @ pengunjung-pengunjung yang bertuah.


Program yang lain, saya tidak dapat bersama menyertai As-saufee kerana ada urusana yang tidak dapat di elakkan. Aktiviti As-saufee seterusnya berbuka puasa di Hotel Singgahsana. Dan jam 10 malam mengadakan persembahan di Selayang Baru bersama dengan NowseeHeart dan Nazrey ( Raihan).
rujuk: http:as-saufee.blogspot.com.










Kamis, 10 September 2009

SELAMAT HARI ULANG TAHUN


Saban tahun menjelangnya 21 Ramadhan,
Ku teringat memori ini,

Memori yang menyentuh jiwa,

Memori yang mengusik kalbu,
Memori yang menggoncang jantungku,

Memori yang tak kan terlupakan selamanya,
Sesungguhnya,
memori ini mengajar ku erti persahabatan,

Memori ini mengajar aku erti sebuah persaudaraan,
Memori ini mendewasakan aku mengenal makna,
Sebuah Pertemuan
...

21 RaMADHAN mengimbau kenangan..

INSPIRASI HATI

Bila sendirian fikiran ku buntu,
Mengingati dirimu,
Dikau tiada lagi di sisiku,
Hatiku sayup bertambah pilu.

Kasih kau inspirasiku,
Kau mengajarku erti kehidupan ini,
Takkan ku lupakan nasihatmu,
Kerna ianya berguna untukku.

Seringkali aku berdoa padanya,
Agar tabah menyusuri hidup ini,
Ya Allah beri daku kekuatan,
Untuk tempuhi dugaan mencabar.

Sekiranya ku mendapat pengganti,
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih,
Banyak membantu dan mendorongku,
Menjadi hamba yang taat kepadanya.

Walau dirimu tiada lagi,
Namun hatiku tetap kepadamu,
Kenangan bersama mu subur mewangi,
Takkan luput dari ingatanku.

DeHearty..

Sabtu, 05 September 2009

Malam ke 2 Teratak Hijjaz, Putrajaya.

Selepas Show... Penatnya......




Pada malam ini, as saufee sekali lagi diberi kepercayaan untuk menghiburkan anak-anak yatim Seri Budiman Dengkil.

Sila entri ke pautan blog as-saufee: http:as-saufee.blogspot.com

SHOW Teratak Hijjaz Putrajaya 14-15 Ramadhan


Bersama Ajk Kelab wawasan UKM.

Anak-anak yatim menunjukkan bakat mereka.

Inilah Ipin kembar kepada Upin.. Anak kepada Hafiz As saufee
Bersama abang Isman Hijjaz semasa berbuka puasa

Malam pertama 14 Ramadhan

Puasa hari ke 14, saya berkesempatan meluangkan masa berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Teratak Hijjaz, Putrajaya. Majlis ini di anjurkan oleh kelab wawasan UKM. sebelum berbuka puasa, Abang-abang hijjaz memulakan persembahan mereka. Walaupun mereka bertiga tanpa abang ariffin, mereka tetap bersemangat menghiburkan anak-anak yatim.

Selepas berbuka dan selesai solat maghrib berjamaah, giliran kami Assaufee mendendangkan beberapa buah lagu untuk anak-anak yatim. Mengikut perancangan awal, kami di amanahkan menyampaikan 5 lagu sahaja, tapi di atas permintaan pengunjung, kami diberi kebenaran menambah 3 lagu lagu. antara lagu yang disampaikan ; 1) Mari bersembahyang. 2) Rindu Kekasih (versi baru), 3) Kota Mekah 4) gerbang hidayah 5) Rintihanku 6) Pergi tAk kembali (untuk allahyarham ustaz Asri Rabbani), 7)Rindu kekasih (versi lama), 8) Nafas Terakhir.

Majlis ini juga diserikan juga oleh penampilan kumpulan Hufaz dari UKM.

Di akhir persembahan saya dengan berat hati terus bergegas pulang ke rumah kerana ada urusan keluarga tanpa sempat bergamabar dan tarawih bersama anak-anak yatim..


OBSERVEeee.

Tepat jam 11 pagi saya di observe oleh guru pembimbing, perasaan gementar berkurangan dari observe yang sebelumnya. Pada waktu itu, persembahan saya kurang gregat disebabkan bertembung dengan program restu UPSR yang mana 15 mint pengajaran sy terhenti kerana sy ditugaskan membaca doa. Alhamdulillah 2 kerja dalam satumasa dapat berjalan dengan lancar dan selepas observe saya menerima ucapan tahniah dari guru pembimbing..
Syukra puan Najihah..

Pergi tak Kembali.. .

Al fatihah untuk allahyarham Ust Asri Rabbani yang telah pulang ke rahmatullah.

PRAKTIKUM Sek Keb Bandar Teknologi

bsfaugugsfbdsvf

Perkemahan perdana PBSM di the woords ulu yam

Kuliah oh kuliah..

bjdsbvfkdkvskbvd

Program Bina Insan Guru.

pada .... next

Insan bernama Guru.. di sini langkahku bermula

Tanggal 11-1 2009 ......... next..