Senin, 04 Agustus 2008

HIKMAH SUJUD KETIKA SOLAT


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.- melegakan sakit hernia. (burut)- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.- melegakan paru-paru daripada ketegangan.- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.- meringankan bahagian pelvis.- memberi dorongan supaya mudah tidur.- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.- mengurangkan kegemukan.- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Kamis, 24 Juli 2008

SIJIL NIKAH CERAI DALAM 24 JAM



Jakim arah Jabatan Agama atasi kelewatan

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengarahkan semua Jabatan Agama Islam negeri menyelesaikan proses kebenaran nikah, kahwin dan pendaftaran kes perceraian dalam tempoh 24 jam selaras piagam pelanggan yang dipersetujui Persidangan Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Malaysia ke-77 kelmarin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata antara lain Jabatan Agama Islam negeri perlu mengeluarkan sijil kursus praperkahwinan kepada pasangan bakal pengantin sebaik tamat kursus untuk membolehkan mereka bernikah pada hari sama.

Katanya, pasangan yang lafaz cerai sudah disahkan Mahkamah Syariah pula perlu diberikan surat pengesahan pembubaran perkahwinan serta-merta oleh Pejabat Pendaftaran Nikah, Kahwin dan Cerai pada hari sama.

"Kajian Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid, Jakim, mendapati tempoh proses kebenaran nikah, kahwin dan daftar cerai berbeza mengikut negeri mendatangkan banyak masalah kepada orang ramai," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Wan Mohamad berkata, kelewatan sepatutnya tidak berlaku kerana proses kebenaran berkahwin adalah mudah jika pemohon atau bakal pengantin memenuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa agama negeri.

Katanya, kelewatan biasanya berlaku apabila pemohon gagal menyediakan dokumen untuk pengesahan.

"Sekiranya, pemohon memenuhi segala keperluan dan pihak pendaftar berpuas hati tiada sebab kebenaran berkahwin lewat diperoleh walaupun pasangan berkahwin di negeri atau negara lain," katanya.

Oleh Haika Khazi:bhnews@bharian.com.my


Sabtu, 19 Juli 2008

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK MANUSIA

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Sem ua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Al lah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yan g dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkata an yan g sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkata an yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Senin, 07 Juli 2008


Hiasi diri kita dengan zikrullah..
Firman Allah s.w.t:
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (ar-Ra’d (13): 28)
Sila dapatkan album Al-Ma'thurat Sugra (CAHAYA HATI), keluaran Hijjaz Record Sdn Bhd.
Alunan merdu zikir oleh Saudara Bazli Hazwan Bin Osman dengan pelbagai alunan dan rentak bagi memudahkan pendengar untuk mengingatinya.

Kamis, 03 Juli 2008

Rabu, 02 Juli 2008

Telatah Cinta

Apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan tulus, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas apabila cinta menguasai jiwa. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban apa saja untuk kekasihnya. Sekeras apapun hati lelaki, ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kadang-kadang, cinta bisa membutakan mata hati seseorang, begitu pula lelaki. Cinta bukanlah paksaan, bukan juga bererti menguasai. Cinta adalah ketulusan dan kesetiaan. Tanda-tanda seseorang yang sedang dilamun cinta? antaranya ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayanginya.
4. Dia berusaha mengokong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga.
7. Dia tidak suka ada orang lain mendekati kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkan seluruh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia ingin kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
13. Dia selalu memastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sehatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita.
Maka, bagi yang mempunyai pasangan. Hargailah cinta dan kasih pasangan anda..Jika kasih sayang terjalin erat, bahagianya rasa. Tapi bila cinta sudah hilang, meranalah jiwa..
Sekilas Tragedi 21 ramadhan 1427..