Sabtu, 30 Oktober 2010

FINAL PIALA MALAYSIA

Sejarah tercipta bagi Kelantan buat kali pertama menjadi Juara Piala Malaysia setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada perlawanan akhir edisi ke-84 malam tadi, Kelantan bangkit dengan menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64 untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1.



GOMO kELATE GOMO.

Senin, 25 Oktober 2010

Kaedah semakan gaji kakitangan awam online

1. Lawati portal Jabatan Akauntan Negara sila klik : http://www.anm.gov.my/.
Sila pilih senarai link di perkhidmatan online dan terus klik ke e-penyata gaji dan laporan. Link tersebut akan membawa pelawat ke laman khas seperti gambar di bawah ini.

2.Klik pada Akses sistem.

3. Bagi pelawat yang baru pertama kali sampai ke laman tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah dengan klik ke link Pertama kali Mendaftar untuk proses pendaftaran yang mudah dan ringkas.

4. Anda dikehendaki mengisi butiran diri anda. selesai isi,klik ok.

5. Login pada daftar masuk. taip no i.c dan kata laluan.

6. Untuk melihat gaji sila klik perkataan sendiri pada penyata gaji. maka akan kelihatan seperti berikut..

Selebihnya anda cuba sendiri..
Selamat mencuba dan semoga berjaya..

Kamis, 21 Oktober 2010

KURSUS KHAS GPI ZON SARAWAK




Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana diberi kesempatan menyertai kursus khas Guru Pendidikan Islam 2010 di Sibu. Kursus kali ini menyentuh berkaitan dengan program dan aktiviti sekolah dan ancaman ajaran sesat di Malaysia. update..

Kamis, 14 Oktober 2010

HARI YANG MELELAHKAN




- Program motivasi,
- senamrobik
- jamuan n karaoke.

Minggu, 10 Oktober 2010

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

KEJOHANAN FUTSAL 1 MALAYSIA



Pasukan Futsal SK CVS telah menyertai kejohanan futsal satu Malaysia... update.

Sabtu, 09 Oktober 2010

UPSR kekal, PMR diganti penilaian sekolah mulai 2016: Muhyiddin

2010/10/09
SYDNEY: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan dan diganti dengan penilaian sekolah mulai 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR. "Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik. "Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan.

"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di bandar raya ini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UPSRkekal_PMRdigantipenilaiansekolahmulai2016_Muhyiddin/Article

Jumat, 08 Oktober 2010

MEMPERKASA DOKTOR MUDA CVS



Hari ini aku diberi amanah untuk membentangkan plan perancangan rangka kerja Doktor Muda. Rasa nerves sebab dah lama tak present di depan, tambahan pula yang didepanku terdiri dari golongan2 intelek.. Alhamdulillah semuanya dapat di atasi dan pembentangan berjalan lancar.
Sedikit info mengenai pembentangan ini adalah untuk menerangkan dan memberi pendedahan kepada guru-guru CVS tentang Doktor Muda. Ini kerana, pada tahun hadapan (2011), SK Cardinal Vaughan akan menubuhkan kelab ini secara rasminya dan akan menjadi kelab yang ke 5 di CVS.
Mudah-mudahan dengan tertubuhnya kelab ini akan menjadi satu platform terbaik kepada murid-murid dalam menjaga kesihatan mereka..update

Link Doktor MUDA:
WEBSITE :http://www.drmuda.gov.my/drmuda.*
FACEBOOK :http://www.facebook.com/pages/KELAB-DOKTOR-MUDA/325060767371?v=wall