Minggu, 14 November 2010

Jumat, 12 November 2010

Selasa, 09 November 2010

KURSUS KSSR PAI di KAPIT

in prosess

Sabtu, 30 Oktober 2010

FINAL PIALA MALAYSIA

Sejarah tercipta bagi Kelantan buat kali pertama menjadi Juara Piala Malaysia setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada perlawanan akhir edisi ke-84 malam tadi, Kelantan bangkit dengan menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64 untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1.



GOMO kELATE GOMO.

Senin, 25 Oktober 2010

Kaedah semakan gaji kakitangan awam online

1. Lawati portal Jabatan Akauntan Negara sila klik : http://www.anm.gov.my/.
Sila pilih senarai link di perkhidmatan online dan terus klik ke e-penyata gaji dan laporan. Link tersebut akan membawa pelawat ke laman khas seperti gambar di bawah ini.

2.Klik pada Akses sistem.

3. Bagi pelawat yang baru pertama kali sampai ke laman tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah dengan klik ke link Pertama kali Mendaftar untuk proses pendaftaran yang mudah dan ringkas.

4. Anda dikehendaki mengisi butiran diri anda. selesai isi,klik ok.

5. Login pada daftar masuk. taip no i.c dan kata laluan.

6. Untuk melihat gaji sila klik perkataan sendiri pada penyata gaji. maka akan kelihatan seperti berikut..

Selebihnya anda cuba sendiri..
Selamat mencuba dan semoga berjaya..

Kamis, 21 Oktober 2010

KURSUS KHAS GPI ZON SARAWAK




Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana diberi kesempatan menyertai kursus khas Guru Pendidikan Islam 2010 di Sibu. Kursus kali ini menyentuh berkaitan dengan program dan aktiviti sekolah dan ancaman ajaran sesat di Malaysia. update..

Kamis, 14 Oktober 2010

HARI YANG MELELAHKAN




- Program motivasi,
- senamrobik
- jamuan n karaoke.

Minggu, 10 Oktober 2010

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

KEJOHANAN FUTSAL 1 MALAYSIA



Pasukan Futsal SK CVS telah menyertai kejohanan futsal satu Malaysia... update.

Sabtu, 09 Oktober 2010

UPSR kekal, PMR diganti penilaian sekolah mulai 2016: Muhyiddin

2010/10/09
SYDNEY: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan dan diganti dengan penilaian sekolah mulai 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR. "Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik. "Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan.

"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di bandar raya ini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UPSRkekal_PMRdigantipenilaiansekolahmulai2016_Muhyiddin/Article

Jumat, 08 Oktober 2010

MEMPERKASA DOKTOR MUDA CVS



Hari ini aku diberi amanah untuk membentangkan plan perancangan rangka kerja Doktor Muda. Rasa nerves sebab dah lama tak present di depan, tambahan pula yang didepanku terdiri dari golongan2 intelek.. Alhamdulillah semuanya dapat di atasi dan pembentangan berjalan lancar.
Sedikit info mengenai pembentangan ini adalah untuk menerangkan dan memberi pendedahan kepada guru-guru CVS tentang Doktor Muda. Ini kerana, pada tahun hadapan (2011), SK Cardinal Vaughan akan menubuhkan kelab ini secara rasminya dan akan menjadi kelab yang ke 5 di CVS.
Mudah-mudahan dengan tertubuhnya kelab ini akan menjadi satu platform terbaik kepada murid-murid dalam menjaga kesihatan mereka..update

Link Doktor MUDA:
WEBSITE :http://www.drmuda.gov.my/drmuda.*
FACEBOOK :http://www.facebook.com/pages/KELAB-DOKTOR-MUDA/325060767371?v=wall

Rabu, 29 September 2010

Kursus Doktor Muda

Tarikh : 28 dan 29 september 2010
Tempat : Klinik Kesihatan Song, Sarawak.

Jumat, 24 September 2010

Senin, 20 September 2010

UPSR..


Selamat menduduki peperiksaan UPSR buat murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan, Song Sarawak..

Minggu, 19 September 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU




Alhamdulillah akhirnya kawin juga kawan-kawanku yang hensem-hensem ni. Kawan yang di maksudkan ialah Azri, Asyrap dan Firdaus. Tahniah dari aku. Maaf sebab tak dapat nak pegi. Apapun, semoga bahagia hingga ke anak cucu.

in proses..

Selasa, 07 September 2010

SELAMAT HARI RAYA


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya.
Moga Aidil Fitri kali ini membawa seribu makna dalam kehidupan..
Mohon Kemaafan di atas segala kesilapan @ khilaf disengajakan atau tidak, sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.
Selamat Hari raya aidil fitri Maaf Zahir dan Batin.

Kamis, 02 September 2010

Balik Kampung..



Detik yang di tunggu-tunggu. Flight Sibu ke KL jam 9.30 malam ( 4 September 2010)

Jumat, 27 Agustus 2010

Pertandingan Mewarna dan Melukis CVS

Aku ditugaskan untuk menguruskan pertandingan mewarna..

Rabu, 18 Agustus 2010

KELEBIHAN PUASA DARI SUDUT SAINS

Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M.D.,
Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).

2. Dr. Yuri Nikolayev
Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

3. Alvenia M. FultonDirektor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain
Berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.

5. Elson M. Haas M.D.
Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan
Mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan
Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.

8. Dr. Muhammad Munib
Dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.

Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

SUMBER DARI : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=7162

Senin, 09 Agustus 2010

SALAM RAMADHAN 1431H


ALhamdulillah , kita masih diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu kembali dengan bulan Ramadhan, bulan Keagungan, bulan dimana terdapat malam istimewa yang bernilai setara dengan seribu bulan. Bersyukur kita masih disampaikan kembali di bulan Ramadhan, tentunya untuk kembali meningkatkan keimanan kita, menjadi lebih baik lagi dari sebelumnya. Jadikan ramadhan kali ini sebagai bekal untuk perjalanan kita 11 bulan ke depan. Jadikan bulan ramadhan kali ini sebagai bekal yang lebih baik dibandingkan dengan bekal ramadhan pada tahun-tahun sebelumnya.

Jumat, 06 Agustus 2010

Persiapan RAMADHAN 1431 Hijrah


Minggu ini merupakan minggu yang terakhir bulan syaaban. Tinggal berapa hari lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. Adakah kita sudah mempersiapkan diri untuk menerima kehadiran ramadhan kali ini? Terpulang pada diri masing-masing. Tepuk dada tanyalah iman kita.

Mempersiapkan diri banyak dianjurkan oleh para ulama, sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad saw. (dari Sepuluh Langkah Menyambut Ramadhan). Sepuluh langkah yang dianjurkan oleh Baginda adalah:

1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimum di bulan ini, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw, apabila masuk bulan Rejab baginda selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Artinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.”
Ertinya: ya Allah, kunriakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redhai.

2. Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnian Ramadan yang kembali diberikan kepada kita.
Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Salafush-shalih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadhan sangat singkat. Oleh itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang boleh membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Sambut Ramadan dengan niat dan tekad ingin meninggalkan dosa dan amalan yang buruk.
Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs.
Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.

9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan:
- buat catatan kecil untuk kultum tarawih serta selepas solat subuh dan zuhur.
- membahagikan buku poket atau helaian yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah saw, dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri-anak, dan rakan karib, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

Dari sebuah Laman http://cahayamuslimah.com/blog/persiapan-ramadhan-1430-h
Diposkan oleh

Rabu, 04 Agustus 2010

Minggu, 01 Agustus 2010

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG



Bertempat di Waterfront Song. Saya dan beberapa orang guru serta staf Sekolah Cardinal Vaughan menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang bagi sambutan hari kemerdekan Malaysia yang ke-53. pelbagai aktiviti diadakan, antaranya ialah senamrobik, merentas desa, cabutan bertuah dan simbolik kibar jalur gemilang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Song. Acara bermula pada pukul 6.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi..

Semai kecintaan pada negara..Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang..

Senin, 26 Juli 2010

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang. Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut. Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya. Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat. Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. *lmu yang bermanafaat akan terus mengalir pahalanya kepada kita walaupun kita telah berada di alam barzakh*

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam )Solat sunat nisfu sya'aban
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

Kawal pengambilan minuman "3-dalam-1"


Penggunaan produk minuman '3-in-1' yang kini menjadi pilihan kebanyakan masyarakat perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan. Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Roslee Rajikan berkata pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.

"Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah. Tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin boleh timbul masalah," katanya semasa ditemubual Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas di Radio 24. Dr Roslee berkata pengguna tidak boleh mengawal pengambilan gula dengan pengambilan minuman 3-in-1, berbanding jika menyediakan sendiri minuman. Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), rakyat negara ini mengambil secara purata 26 sudu teh gula setiap hari, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dr Roslee berkata untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula bukan satu perkara mudah meskipun pelbagai kempen diadakan untuk menyedarkan masyarakat.

"Tetapi ramai juga orang yang telah mempunyai kesedaran telah beralih kepada corak pengambilan yang lebih baik. Dulu tidak pernah dengar teh tarik kurang manis dan teh O kurang manis. Tetapi sekarang sudah jadi perkara biasa," katanya. Dr Roslee berkata meskipun kerajaan menambah bekalan gula sebanyak 15 peratus daripada biasa sebagai persediaan menyambut perayaan, orang ramai perlu bijak mengawal penggunaannya. Beliau juga menasihatkan individu yang mempunyai ibu bapa atau keluarga yang menghidap diabetis supaya mengawal pengambilan gula dan mengamalkan pemakanan sihat bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit yang sama. "Memang ada sedikit pengaruh genetik kepada perkembangan penyakit ini. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa (yang menghidap diabetis) sedangkan kita mempunyai keupayaan untuk mengubah cara hidup terutama pengambilan makanan yang sihat serta bersenam," katanya.

-sumber dari : Bernama
http://www.malaysiakini.com/news/138321

Rabu, 21 Juli 2010

TAHNIAH BUAT FAIZAH dan EHSAN


Satu lagi sejarah ditempa oleh sahabatku Faizah dan Ehsan. Setelah mengikat tali pernikahan hampir setahun yang lalu, akhirnya kini pasangan bahagia ini telah dikurniakan seorang cahaya mata pertama mereka. Seorang putera telah lahir pada 7 julai 2010 dan diberi nama Syahmi.. Semoga kelahiran putera ini menambahkan lagi seri rumahtangga kalian berdua. Semoga keluarga bertambah-tambah barakah.. aminnn..

Selasa, 06 Juli 2010

TERIMA KASIH SEMUA..

Assalamualaikum: Salam bt semua, terima kasih kerana ucap selamat hari lahir untuk sy, minta maaf sb x dapat nak reply mesej semua..Apapun nasihat n dorongan dr kalian amat sy hargai.. Doakan yang terbaik ya. semoga Allah memberkati kalian semua. aminn..

Jumat, 02 Juli 2010

TAHNIAH BUAT KAK NUR HASIAH DAN KAK LINDA

Bulan 6 merupakan kenangan yang agak manis bagi rakan sekelas kak Nur n Kak Lin. maklumlah dapat baby baru. tahniah ya kak. Maaf sebab tak dapt nak melawat akak berdua. Amboi macam berpakat nampak. Masa kat Maktab tak nampak sangat akak akan dapat baby baru, dah posting masing2 berlumba2 ya. Agak istimewa juga kerana Kak Linda letakkan nama anaknya Umar Aziz Habib. cantik nama tu. Mungkin satu hari nanti Umar Aziz akan jadi Sehensem adiknya Aziz. hehe.

selepas ni sapa la plak ya yang bakal dapat baby?...tungguuu.

Kamis, 01 Juli 2010

Tasik Galilee kering, maka bermulalah Era Dajjal....


Adakah kita sedang berada di era Dajal.......?
Jawapan:
Ada beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’..............” (Riwayat Muslim)

Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini. Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan. Allahu a'lam.

Gambar dan keadaan tasik Galilee ada
di http://keep-it-in-mind.blogspot.com/

Minggu, 21 Maret 2010

MAJLIS PERTUNANGANKU

HARI : JUMAAT
MASA : 3.00 PTG
TARIKH : 19 MAC 2010

BELUM UPDATE...BUSY..

Kamis, 25 Februari 2010

SALAM MAULIDULRASUL 1431 HIJRAH..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari keputeraan junjungan besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Dengan penuh rasa kehambahan kita kepada Allah marilah sama-sama kita berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Apa gunanya kita sabagai makhluk yang setiap harinya, bibir kita sentiasa menyebut kata-kata nista, nyanyian-nyayian, lirik-lirik lagu yang melalaikan dan perkara-perkara yang laqha tanpa ada sepatahpun ucapan memuji baginda Muhammad S.A.W. Sesungguhnya amat rugi dan hinanya kita jika bersifat sedemikian.. ingatlah, jika kita berselawat kepada Rasulullah 1 kali maka, Allah akan membalas 10 kali ganjaran... wallahua'lam

Senin, 01 Februari 2010

PENGALAMAN BULAN PERTAMA DI SEKOLAH

4 januari 2010 bermula.............