Jumat, 04 Desember 2009

LOKASI SONG.

Daerah Song sendiri bekeluasan 3,935.20 kilometer persegi merupakan salah satu daripada tiga komponen daerah pentadbiran yang membentuk Bahagian Kapit selain Daerah Kapit dan Daerah Belaga yang merupakan bahagian terbesar di Negeri Sarawak dengan keluasan 38,934 kilometer persegi. Dari segi geografi nya 90% kawasannya adalah dataran tanah berbukit bukau yang masih diliputi hutan premier yang ditumbuhi pokok – pokok kayu bernilai. ini menjadikan Daerah Song amat unik dan menjadi pekan tepi Sungai Rejang yang boleh menjadi perhentian semasa laluan jalan air iaitu Sibu - Song –Kapit.
Daerah Song selain direntangi oleh Sungai Rejang yang merupakan sungai utama dan terpanjang di Malaysia terdapat berberapa cabang – cabang sungai utama seperti Batang Katibas (sungai utama), Sungai Song, Sungai Iran, Sungai Manap, Sungai Lajan dan Sungai Lijau. Sungai – sungai ini merupakan penghubung utama ke kebanyakan kawasan ataupun penempatan di Bahagian Kapit.
Daerah Song terletak di Wilayah Tengah Negeri Sarawak dan bersempadan dengan Kalimantan di selatan, di kawasannya yang menganjur dari timur hingga ke selatan. Pusat Pentadbiran Daerah ini terletak di Pekan Song.
Penduduk Bahagian Kapit berjumlah sebanyak 98,841 pada bancian tahun 2000* dan Daerah Song pula sebanyak 22,200 orang (perangkaan 2006). Terdapat pelbagai kaum di Song dan Kaum Iban merupakan kaum majoriti dan utama iaitu 80 % daripada masyarakat di sini. Kaum – kaum lain ialah kaum Orang Ulu, Cina, Melayu, Melanau dan Bidayuh.
sila klik pautan ini:

Lokasi Daerah Song


Pekan Song


Sebahagian dari bagunan Sk Cardinal Vaughan, Song..

Rabu, 02 Desember 2009

PERJALANAN KU..

1 Disember 2009
- 8.00 Pg berangkat Ke KLIA ditemani oleh abang ipar dan pak saudara.
- 10.00 Pg Taklimat bersama Bahagian Pendidikan Islam Putrajaya.
- 11.30 pg penerbangan Ke Kuching.
- Pukul 1.45 sampai di airport kucing, disambut oleh Bahagian Pendidikan Islam Sarawak. Bergerak ke Hotel Penview Kuching Sarawak.
- 9.00 Mlm Taklimat bersama BPI Sarawak.

2 Disember 2009
- 8.00 Pagi hingga 3.00 Ptg: Taklimat
-4.00 ptg : Penyerahan Surat Posting oleh BPI Sarawak kepada GST.
-5.00 - 9.00 mlm : Jalan-jalan di sekitar kucing






3 Disember 2009

10.30 pagi: Penerbangan dari Kuching Ke Sibu
11.30 pagi :Tiba di sibu dan disambut oleh PPD daerah Sibu.
1.00 ptg : Berangkat dari Jeti Sibu Ke Song.
3.15 ptg : Sampai di Song, terus ke PPD Song dan melapor diri di SK Cardinal Vaughan.




Alhamdulillah, Saya telah melaporkan diri pada 3 hb Disember 2007 di Sekolah Cardinal Vaughan yang terletak di pekan Song Daerah Kapit, Sarawak..

akan di update....

Jumat, 20 November 2009

TERHARU....

Happy Birthday to Mama Zana dan Faqirah


(Sahabat Ikim & Nasyid FM)


(saya, mama, faqirah) (saya, Adik NurHana) (Kak Ina, Saya)

Terharu yang tidak terhingga kerana ada insan yang sudi meraikan hari perpisahan untuk saya. Saya tak pernah mengimpikan sambutan sedemikian rupa. Terima kasih buat, Sahabat2 ikim, Nasyidfm, Abg Riduan (As-saufee), DJ Razak, Firdaus, DJ Miftah, Baiti, Papa, dan seluruhnya meraikan majlis ini. Yang teristimewa buat kakak ku yang tersayang Kak Ina, Mama, dan Nur dan lain-lain. Terima kasih juga buat insan-insan yang sudi beri hadiah untuk saya. .
"Moga Ukhwah Terjalin Selamanya"

Rabu, 18 November 2009

Perjuanganku di uji di SARAWAK.. BUMI KENYALANG..


Jam 9.35 pagi aku menerima panggilan dari Bahagian Pendidikan Agama Islam. Aku mengerti apa tujuannya, dan ku bersedia mendengar apa jua keputusan yang mendebarkan ini. Setelah menunggu lebih kurang seminggu, aku merupakan student yang paling akhir mengetahui keputusan ini. Akhirnya keputusan ini ku terima dengan hati yang terbuka. AKhirnya Sarawak Bumi Kenyalang yang aku terima.

SARAWAK BUMI KENYALANG.. LEMBARAN BARU, MATLAMAT BARU
DAN ILTIZAM BARU...

Minggu, 15 November 2009

PENANTIAN PENUH DEBARAN....

DIMANAKAH AKU ? DI SEMENANJUNG @ SABAH @ SARAWAK?
.
Bulan 11 merupakan bulan yang sentiasa bikin dada @ jantung berdegup-degup. Kerana bulan ini berlaku macam2 kejadian yang boleh membuatkan stress. Iaitu keluarnya result exam dan result tempat posting. Debaran makin terasa bila berada dipertengahan bulan, makin dap.. dip.. dup... Syukurlah masih dap.. dip.. dup.. daripada tak bunyi berdegup..hehe.. Kebanyakan guru pelatih mengharapkan keputusan berpihak pada diri masing-masing. Begitu juga dengan saya, mengharapkan kejayaan dan keputusan berpihak pada diri yang sebagaimana diinginkan sebelum ini. Apa pun kita perlu sedar dan tak usah ditangisi jika kita ditempatkan di pedalaman atau berjauhan dengan family. Walau dimanapun kita, kita tetap berada di bumi Allah, kita tetap akan mengajar manusia bukanya makhluk lain. Jika bukan kita siapa lagi?????????
................

SENARAI TEMPAT POSTING BAGI KPLI 2.01 PENGAJIAN AGAMA ISLAM


NAMA .....................................= TEMPAT POSTING
1) ABDUL AZIZ = SARAWAK
2) ASYRAF = SARAWAK
3) JAWAHIR = SABAH
4) ZAMRUL = SABAH
5) AMAL NASRIN = SARAWAK
6) AMNAH = SABAH
7) ASMAHAN = SELANGOR
8) ASMA ULHUSNA = SARAWAK
9) FAZILAH = SELANGOR
10) HAMIDAH = SELANGOR
11) HASLINDA = SELANGOR
12) INTAN = KUALA LUMPUR
13) JULIA = SELANGOR
14) MASTIKA = SARAWAK
15) NOR FAIZAH = KUALA LUMPUR
16) NORAZLIN = SELANGOR
17) NORHARIATY = SABAH
18) NORNAZUHA = SELANGOR
19) NURHASIAH= SELANGOR
20) ROHANA = MELAKA
21) LAILATUL AQMA= MELAKA
22) ZAINAH = SELANGOR
23) NORHAJIRAH = JOHOR
Tahniah buat rakan-rakan yang telah mengetahui tempat posting..
update 19-11-2010

Selasa, 27 Oktober 2009

Interview di Jabatan Perdana Menteri

Muka nampak pucat,, gementar kot..

Tarikh: 28-10-09
Pukul :7.30 pagi -10.30
Tempat : Blok B3, Jabatan Perdana Menteri