Rabu, 30 September 2009

3 SYAWAL Selamat Pengantin Baru Sahabatku

Rakan-rakan yang hadir memeriahkan majlis.

Azwi dah kawin, bila la agaknya giliran aku ni,
Mungkin itu yang difikirkan Ed di benak hatinya..

Bersama rakan-rakan, ramli,rohaizad,sabri,mat,nashi,azri,ed dan azman
Setelah hampir 6 bulan mengikat tali pertunangan, Azwi dan pasangannya yang cantik molek Azimah telah melangsungkan perkahwinan mereka dengan sekali akad pada hari raya kedua di rumah pengantin perempuan di Bachok. Cinta mereka bermula sejak 5 tahun yang lalu ketika menuntut di Universiti. Hasil daripada peranan kawan-kawan yang memperkenalkan Azimah kepada jejaka machoo Azwi akhirnya membuahkan bibit cinta yang membawa kepada ikatan perkahwinan. Tahniah buat kawan-kawan yang telah menyatukan mereka berdua. Banyak pahala tolong kawan bina masjid.. tp untuk aku takder ker..hehehe.

Saya bersama suzaidi tiba lebih awal di rumah pengantin. Maklumlah kawan rapat mesti kena datang awal untuk bagi semangat. Kemudian selepas zohor di susuri pula dengan ketibaan kawan-kawan yang lain. Antaranya ialah geng-geng dari felda iaitu, Kahar, Nira dan Farah. Di ikuti rakan-rakan yang berdekatan azman, rohaizad, ramli, nashi, zuriana, zura, huda dan adik angkatnya. Tidak ketinggalan tetamu kehormat dari sempadan siam iaitu azri dan rakanya memeriahkan suasana. jangan mare..

Suasana menjadi riuh dengan kehadiran rakan-rakan, maklumlah dah lama tidak bersua, lebih kurang 7 tahun kot, macam-macam topik yang dibincangkan, sehingga tempat duduk untuk tetamu hampir separuh di book oleh rakan-rakan. Perbualan dan borak-borak diiringi dengan gelak tawa, gurau senda sehingga saya tak dapat menahan airmata gembira kerana dipertemukan dengan rakan-rakan..

Semoga suasana ini akan bersemadi di hati hingga akhir hayat.

Sabtu, 26 September 2009

SELAMAT HARI RAYA


Salam Syawal 1430 Hijrah:

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri. Maaf Zahir batin kepada semua yang mengenali..


Bila rindu membisik bicara,

Pilu datang menyapa,

Bertahun lama tidak bersua,

Mengutus kasih dan cinta.



Badai menghempas menderai sanubari,

Terguris sekeping hati,

Menjana pekerti dilubuk diri,

Angkara nafsu dirajai.



Menjelma kini lebaran mulia,



Tibalah sudah Aidil Fitri menjengah,

Menyimbah amarah merebah megah,

Setulus damai yang bersemi,

Menebus deraian yang melukai.



Saat bahagia telah pun tercipta,

Terukir kemaafan memadam nista,

Terburai jernih airmata keinsafan,

Iringi syukur sebuah pertemuan.



Sesucinya syawal yang kunjung tiba,

Kembalikan fitrah,

Dihari raya yang indah,

Bagaikan kelam dihampar cahaya,

Berkasih mesra sama bersaudara.

Saat bahagia moga tak seketika,

Kembalikan diri sesuci nurani,

Sebening takbir memuji ILLAHI.

Dipagi hari di Aidil Fitri.



AS-SAUFEE RECORDS..

Hari Terakhir Praktikum

17 September adalah hari terakhir saya praktium. Alhamdulillah selepas 3 bulan di Sekolah Bandar Teknologi, banyak pengalaman yang saya dapat. ...

Senin, 14 September 2009

NoStaLgIa aLmoNd LoNDoN !!!!


Setiap kali tibanya hari raya, kueh ini tak pernah di lupakan. Ianya dah sebati dalam diri, ibarat raya tanpa almond london bagaikan tak berseri hari raya ini. Sebenarnya Kueh ini adalah nostalgia bagiku, kerana ianya telah menyatukan aku dengan seseorang, saban tahun setibanya aidil fitri, ku pasti hadiahkan kueh ini buat si dia. Meskipun masa telah berlalu, dan segalanya telah berakhir, namun ianya tetap ku kirimkan. Kerana ianya adalah satu NOSTALGIA sempena hari raya...

SHOW kat DEWAN PERDANA FELDA



Buat kali ke tiganya dalam bulan ramadhan ini, As saufee di berikan kepercayaan untuk membuat persembahan sempena majlis berbuka puasa di dewan ini. Apa yang menarik di Dewan ini, lebih kurang ada 88 jenis juadah untuk berbuka puasa. Yang paling best bagi saya tentulah kambing panggang, berbuka dengan daging kambing panggang sehingga terlupa makan nasi,hehe. Meskipun ada 88 juadah, saya hanya makan kurang dari 5 jenis juadah sahaja. Maklumla jaga perut. hehe.Persembahan kami bermula selepas solat maghrib, dan berakhir pada jam 8.20 malam. Persembahan pada malam ini dinilai tidak sehebat malam2 sebelumnya kerana faktor PA System yang kurang baik, monitor yang perlahan n lagu last jumping. Namun, semuanya dpt di tangani dan berjalan lancar, alhamdulillah..

Minggu, 13 September 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU



Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Mohd Azwi Che Kar Yang akan melansungkan perkahwinannya pada 3 Syawal nanti. Terima kasih di atas undanganmu. Yang pastinya aku akan datang ke majlismu menjadi pengapitmu. hehe..